Facebook

Powered By Blogger
“Aku masih belum mampu menjadi wanita solehah”

Welcome guys..

Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds

Pageview now

Friday 30 December 2016

Yg hidup dikampong berasa nak ke bandar, yg dibandar pula ingin pulang ke kampong...

Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau... Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..

Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar  pula rasa ingin  pulang ke rumah...

Waktu sunyi kita nak kepada org ramai, bila ramai org pula jadi serabut perut,  berasa nak kepada kesunyian...

Ketika bujang ngeluh nak nikah, bila nikah ada lah yang nyampah...Hehehe

Setelah berkeluarga ngeluh belum dpt anak. Bila ada anak, ngeluh pula perbelanjaan hidup....

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini...

Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki.

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat sombong dgn apa yg kita miliki ..

Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa... Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah, terima kasih ya Allah....

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Sunday 4 December 2016

Thank you ^^



04 . 12 . 2016

Ya ALLAH 
I should be grateful with my life for having nice person around :)
thankyoufor all wishes and the du'a.semoga Allah memberi kebahagiaan sepertimana awk menggembirakan kite hari ini
terima kasih *lap air mata

thanks a lot dear  :-*

In Sha ALLAH next year (2017) kalau ade rezeki ade jodoh kite celebrate sama2 taw taw..


birthday gel dgn nenek and tunang tersinte . (sinte mak ayah jugak)
muahhh muahh


Friday 2 December 2016

TANYALAH USTAZ TV9 2.12.2016 (Ustaz Amran Yusoff)


HARI JUMAAT.
••••••••••••••••••
Hari jumaat banyak kelebihan.
Diciptakan Nabi Adam pada hari jumaat dan hari kiamat juga berlaku pada hari jumaat.

NABI BERSABDA JGN BERPUASA PADA HARI JUMAAT KERANA HARI JUMAAT HARI RAYA,BAGIMANA USTAZ?
Memang benar...Nabi bersabda hari jumaat adalah hari raya bagi org muslim..
Kita tidak digalakkan berpuasa pada hari jumaat dan hukumnya makruh jika berpuasa kecuali bagi org yg memang sentiasa berpuasa..boleh berpuasa dgn digandingkan hari khamis dgn hari jumaat.
Bila pergi solat jumaat,mandi sunat hari jumaat(mandi lebih dari hari biasa dan lamakan sikit),Gosok gigi dan pakailah wangi²an seperti hari raya..
Hari jumaat adalah hari raya mingguan..
SIAPA IKUT NABI AKAN DAPAT KASIH SAYANG ALLAH...

BILAKAH WAKTU MUSTAJAB BERDOA PADA HARI JUMAAT?
Memang ada waktu mustajab  ada 3 waktu
1)Saat imam naik minbar utk kutbah hingga habis solat jumaat.
2)Di antara dua kutbah iaitu ketika khatib berhenti sekejap.
3)Ketika dipenghujung solat asar(dekat² nak masuk solat maghrib)pada hari jumaat.

MENGAPAKAH KITA TIDAK DIKHUSUSKAN BERQIAMULAI PADA HARI JUMAAT?
Sebab Nabi MELARANG mengkhususkan solat malam hanya hari jumaat sahaja atau khususkan puasa hari jumaat sahaja.

MENGAPAKAH ADANYA SUJUD SAJDAH DAN BACA SURAH  AS~SAJDAH DAN SURAH AL~INSAN PADA HARI JUMAAT?
JANGAN SALAH FAHAM...Hari jumaat bukan hari dituntut SUJUD sajdah...Sunnahnya adalah MEMBACA surah As~sajdah dan Al~Insan ...BUKAN WAJIB TETAPI SUNNAH NABI...

MENGAPA ORG YAHUDI DAN NASRANI DENGKI PADA ORG ISLAM PADA HARI JUMAAT?
Kerana Allah telah menyesatkan org yahudi dan nasrani.
Org islam dapat kelebihan pada hari jumaat tetapi org yahudi tidak dapat kelebihan itu.
Org yahudi mengatakan kami mendengar tetapi kami tidak mahu ikut(tidak mahu beriman)

Amalan yg paling disayangi oleh Allah adalah solat subuh berjemaah dipagi jumaat.
Jangan tinggal baca surah Al~Khafi pada hari jumaat.

BETULKAH BILA KITA BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT SEOLAH~OLAH KITA BERSEDEKAH PADA BULAN RAMADAN DAN BILA MATI PADA HARI JUMAAT LEPAS DARI SEKSA KUBUR?
TIDAK ADA HADIS YG KHUSUS MENGATAKANNYA...
Hadis yg sahih...Nabi kata sedekah yg paling baik adalah bersedekah ketika muda,bersedekah ketika rasa kedekut,bersedekah ketika kita berangan nak hidup mewah dan bersedekah ketika rasa dah nak bangkrap.
Nabi kata org yg mati pada hari jumaat akan dapat doa Nabi...

MATI² BILA TIDAK KISAH YG PENTING MATI DALAM IMAN...DALAM HIDUP UTK MATI DALAM IMAN...JADIKAN HIDUP KITA SENTIASA BERSANGKA BAIK DGN ORG....

BUATLAH BANYAK² SEDEKAH IAITU SEDEKAH YG MEMBERI KESAN BAIK...

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru