Facebook

Powered By Blogger
“Aku masih belum mampu menjadi wanita solehah”

Welcome guys..

Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds

Pageview now

Friday 27 January 2017

Hari ini dia Jahil, esok mungkin dia paling berIlmu.
Hari ini dia diBenci, esok mungkin paling diSayangi.
Manusia berubah. Kuasa Allah..

Thursday 26 January 2017

Siapa mencari teman tanpa cacat cela, dia akan hidup bersendirian.

Siapa mencari isteri tanpa ada kekurangan, dia akan hidup membujang

Siapa mencari teman karib yang sempurna, hidupnya akan memutuskan hubungan silaturrahim.

Biarlah Kita menanggung keperitan orang lain agar wujudnya keseimbangan dalam hidup

Jika ingin hidup bahagia:

Jangan terlalu menafsirkan semua perkara

Jangan terlalu menghalusi semua perkara

Jangan terlalu menganalisa semua perkara
ا
Kerana jika dikaji, asalnya berlian dari arang batu

Jangan terlalu suka mencari keperibadian seseorang lebih dari sepatutnya, sebaiknya memadai dengan kebaikan yang kamu Nampak sahaja, tinggalkan apa yang tidak kamu Nampak kepada hitungan Allah.  

(sekiranya semua manusia mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati masing-masing, mereka tidak akan bersalaman kecuali dengan menggunakan pedang)           

Moga Allah kurniakan kita :
jiwa yang mulia
Akhlak yang mulia
Peribadi yang mulia
Tuntunan dari Rasul yang Mulia

Monday 23 January 2017

*10 sifat istri yang membuat Rezeki suami mengalir*

*1*. Istri yang pandai bersyukur.
*2*. Istri yang tawakal kepada Allah.
*3*. Istri yang baik agamanya.
*4*. Istri yang banyak istigfar.
*5*. Istri yang gemar silatirrahmi.
*6*. Istri yang suka bersedekah.
*7*. Istri yang bertaqwa.
*8*. Istri yang selalu mendoakan suaminya.
*9*. Istri yang gemar solat dhuha.
*10*. Istri yang taat dan melayani sumainya dengan baik.

Wednesday 18 January 2017

Apa yang ada dalam hati kita,
itu adalah apa yang ada dalam hati kita.
Orang mana tahu apa yang ada dalam hati kita.

Apa yang ada dalam hati orang lain,
itulah apa yang ada dalam hati mereka.
Terbatasnya kemampuan kita nak tahu apa yang ada dalam hati mereka.

Apa yang kita fikirkan, mungkin tak sama seperti apa yang mereka tafsirkan.

Tak apalah.
Bukan semua perlu diberi penjelasan.
Yang tuan punya badanlah yang harus lebih bijak berpersepsi dan berfikir.

Kita?
Jadi diri sendiri yang usaha nak taat ILAHI.

Do work smart, with our beautiful heart.

Hati yang sentiasa rindukan kebaikan dan suka pada kebaikan.

InshaaAllah Tuhan mudahkan.

Seindah Untaian Tasbih


Tidak mengapa jika dipersalahkan kerana kita memang banyak salah.
Tidak mengapa disangka buruk kerana kita memang banyak keburukan.
Tidak mengapa jika dibenci kerana kita sendiri pun masih tega membenci.

Disamping Allah tahu siapa kita...kita sendiri pun dapat mengagak siapa kita yang sebenarnya,  sekiranya kita jujur dengan diri sendiri. Manusia hanya mengungkapkan apa yang tidak kita sukai kerana keegoan diri.

Ingatlah wahai diri, permulaan mujahadah untuk menjadi manusia yang baik itu bermula dengan tidak merasa diri lebih baik daripada manusia lain!

Wednesday 4 January 2017


orang yang sabar ni adalah orang yang menang nampak je dia diam tak berani nak balas.

tapi diam diam .

dia menangis minta Allah yang uruskan.

ni lah yang dikata kalah dalam menang.

senyum :)

ALLAH swt tidak hairan dengan dosa manusia yang bertimbun....

Tetapi yang menghairankan ialah apabila manusia tidak mahu meminta ampun kepada ALLAH apabila pintu keampunan dibukakan seluas-luasnya...

Tuesday 3 January 2017

Qalam Al Hikmah:🌻

Kalau datang suatu masalah atau ujian dalam hidup kita,

Pertama sekali, istighfar!

Ingat pada Allah,

Kemudian uruslah masalah atau ujian hidup satu per satu dengan rasional tanpa mengikut emosi.

Kita kan khalifah kat muka bumi ni, uruslah dunia ni...

Saat melihat kehebatan ciptaan manusia, kita merasa kagum dengan kepintaran mereka sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang canggih dan menarik.

Namun kita lupa bahawa, disebalik kepintaran itu, adanya zat yang menciptakannya.

Nikmat akal yang pintar itu datangnya dari Allah ,bukan milik manusia itu sendiri.

Kerana itu, segala pujian hanya bagi Allah. Dan pujian kepada manusia hanya akan merosakkan manusia itu sendiri.