Facebook

Powered By Blogger
“Aku masih belum mampu menjadi wanita solehah”

Welcome guys..

Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds

Pageview now

Sunday 30 October 2016

BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBLUM CAKAP

Takut2 kita ter'cakap'
sumber 'usrah tv9'

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari
nabi. (jatuh kafir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak
bersunnah-sunnah,
beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade
jambang. (jatuh kafir)
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh
kafir)

5- Senyum la skit, muke masam je dah macam
malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kafir)

6- Sedarlah skit yang selama nie kerajaan bagi
rezeki kat kamu. (jatuh kafir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan
mahkamah la pulak. (jatuh kafir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat
kan? Macam best je.. (jatuh kafir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh
kafir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah
negara kita ni.. (jatuh kafir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN,
MENAFIKAN sunnah
Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir
serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam
Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada
diri sendiri, maka
ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta
zikir - pesanan pada
semua dan diri sendiri.

Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk
anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain jga.
Bahaya nie...baru tau . Masya Allah !

Syirik kecil boleh jadi macam nie. Situasi:

1) Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya,
Farhan berkata.
"Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.

2)Azlie bertanya kpd
Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb,
"Dah, semalam."
Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan
amalan wajib lima waktu.  Kita x tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? So copypaste laa. Ilmu untuk dikongsi bukan utk dijual beli.
Sumber 'Usrah' tv9. copy dari admin group rakan setia amanah.

NOTA KASIH ILAHI

Orang kafir musyrik serta munafiq sangat takut sekiranya kebenaran Islam itu terserlah kerana mereka tidak mampu menolaknya. Mereka cuba sedaya mungkin untuk menghalang perlaksanaan Islam dan menyembunyikan kesyumulan agama yang datang dari ALlah swt. Jadilah kita pejuang yang tegak atas kebenaran agama ini dengan teguh dan yakin

✳Al-Baqara (2:147)

📌Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

*USTAZ SULAIMAN SULONG*
*30 MUHARRAM 1438H*
*31 OCT 2016,ISNIN*

Friday 28 October 2016

TANYALAH USTAZ TV9
28.10.2016
(Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh)

SMART THAHARAH bhg1.

Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Solat yg tidak dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar adalah mungkin kerana wuduk atau mandi wajib yg tidak sah.

APAKAH MAKSUD THAHARAH?
Thaharah adalah bersuci.
Bersuci dari zahir(luaran) dan batin(hati).
Bila batin(hati) bersih akan melahirkan zahir yg bersih.
Hati mesti baik baru akan mengeluarkan perbuatan yg baik.
Thaharah juga mensucikan diri dari syirik dan kufur kepada Allah.
Tidak ada NILAI jika hanya pakaian sahaja baik tetapi hati masih syirik dan kufur kepada Allah.
Niat mesti kerana Allah bukan kerana manusia.

KALAU HATI SUDAH BERKARAT TIDAK MUNGKIN AKAN BERPAKAIAN MENGIKUT YG ALLAH PERINTAHKAN...

KENAPA THAHARAH DIDAHULUKAN?
Nabi bersabda seawal~awal yg dihitung pada hari kiamat adalah SOLAT.
Sebab itu thaharah didahulu kerana dgn bersuci yg sah sahaja akan menjadikan solat kita sah.

ASAS PERTAMA THAHARAH ADALAH AIR.
Sah mandi wajib dgn meratakan air keseluruhan badan.
Air yg mengalir adalah air yg bersih yg boleh digunakan utk bersuci.
Air dua kolah(tidak menanggung najis) 192 liter-270 liter..boleh digunakan utk mengambil wuduk dan boleh digunakan utk mandi wajib.

Air dari bekas besi yg terdedah pada cahaya matahari di negara yg panas terik(bukan di Malaysia)hukumnya MAKRUH digunakan kerana boleh terkena penyakit kulit atau sopak.

PERKARA MAKRUH ADALAH SESUATU YG TIDAK DISUKAI OLEH ALLAH DAN RASUL.

KALAU KITA SAYANG ALLAH DAN RASUL,KITA BUAT KEBAIKAN KERANA ALLAH DAN TINGGALKAN KEJAHATAN JUGA KERANA ALLAH...

SIMPAN JANGGUT DAN BERJUBAH JUGA ADALAH SUNNAH NABI,BUATLAH KERANA ALLAH...

#InShaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Thursday 27 October 2016

RENUNGAN HARI JUMAAT 27hb Muharram 1438H / 28hb Oktober 2016M


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💚

Maksud Firman Allah SWT:
" Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan gurau senda, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus ( ke dalam neraka), kerana perbuatannya sendiri... "
-(Surah Al-An'am 6;70)

Saturday 22 October 2016

Ar rahman is my gateway when i feel messed up and sad.  so if you feel the same,  read it with the meaning, you'll feel better after :)

KETENANGAN itu akan hadir bila kamu dekat dengan Allaah,
KERESAHAN akan hadir jika diri kamu jauh dengan ALLAH :')

YA Allah Yang Maha Pemurah, terima kasih
Engkau telah menciptakan dia dan
mempertemukan aku dengannya...
Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh
kami nikmati bersama.
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang
boleh kami lalui bersama.
Terimakasih untuk setiap saat-saat yang lalu.
Aku datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikan hati aku ya Allah, sehingga dapat
melaksanakan kehendakMu dan semua
perjalanan dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang
rusuknya.
janganlah biarkan aku merindukan
kehadirannya..
Janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku di
hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku..
dan usirlah dia dari relung hati aku..
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang
bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan
pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku agar dapat mengasihinya
sebagai sahabat...
Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku, ya
Allah,
tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan
menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan
kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti
dan mahu menerima aku
dengan segala kelebihan dan kekurangan aku
sebagaimana aku telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh-sungguh
mencintai dan rela membagi suka dan duka
aku dengan dia.
Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa ku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut
kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau
senantiasa memberikan yang terbaik buat aku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada
hikmahnya.
setiap dugaan yang Engkau beri mengajar aku untuk hidup
makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka
terhadap suara-Mu
yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar
menanti tibanya waktu yang telah Engkau
tentukan.
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak aku
yang jadi dalam setiap bagian hidup aku, ya
Allah.
ameen

Wednesday 19 October 2016

Alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku tatap wajahmu
kan pasti mengalir air mataku :'(
#muhasabah diri