Facebook

Powered By Blogger
“Aku masih belum mampu menjadi wanita solehah”

Welcome guys..

Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds

Pageview now

Friday 28 October 2016

TANYALAH USTAZ TV9
28.10.2016
(Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh)

SMART THAHARAH bhg1.

Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Solat yg tidak dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar adalah mungkin kerana wuduk atau mandi wajib yg tidak sah.

APAKAH MAKSUD THAHARAH?
Thaharah adalah bersuci.
Bersuci dari zahir(luaran) dan batin(hati).
Bila batin(hati) bersih akan melahirkan zahir yg bersih.
Hati mesti baik baru akan mengeluarkan perbuatan yg baik.
Thaharah juga mensucikan diri dari syirik dan kufur kepada Allah.
Tidak ada NILAI jika hanya pakaian sahaja baik tetapi hati masih syirik dan kufur kepada Allah.
Niat mesti kerana Allah bukan kerana manusia.

KALAU HATI SUDAH BERKARAT TIDAK MUNGKIN AKAN BERPAKAIAN MENGIKUT YG ALLAH PERINTAHKAN...

KENAPA THAHARAH DIDAHULUKAN?
Nabi bersabda seawal~awal yg dihitung pada hari kiamat adalah SOLAT.
Sebab itu thaharah didahulu kerana dgn bersuci yg sah sahaja akan menjadikan solat kita sah.

ASAS PERTAMA THAHARAH ADALAH AIR.
Sah mandi wajib dgn meratakan air keseluruhan badan.
Air yg mengalir adalah air yg bersih yg boleh digunakan utk bersuci.
Air dua kolah(tidak menanggung najis) 192 liter-270 liter..boleh digunakan utk mengambil wuduk dan boleh digunakan utk mandi wajib.

Air dari bekas besi yg terdedah pada cahaya matahari di negara yg panas terik(bukan di Malaysia)hukumnya MAKRUH digunakan kerana boleh terkena penyakit kulit atau sopak.

PERKARA MAKRUH ADALAH SESUATU YG TIDAK DISUKAI OLEH ALLAH DAN RASUL.

KALAU KITA SAYANG ALLAH DAN RASUL,KITA BUAT KEBAIKAN KERANA ALLAH DAN TINGGALKAN KEJAHATAN JUGA KERANA ALLAH...

SIMPAN JANGGUT DAN BERJUBAH JUGA ADALAH SUNNAH NABI,BUATLAH KERANA ALLAH...

#InShaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment