Facebook

Powered By Blogger
“Aku masih belum mampu menjadi wanita solehah”

Welcome guys..

Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds

Pageview now

Vanillatwilight ;)

Wednesday 30 November 2016


Cemburu aku pada insan yang hidupnya lebih susah,
dan sakitnya lebih derita.

Tapi sabarnya terlalu banyak.
Tidak merungut malah syukurnya lebih.

MasyaAllah.

1 Disember 2016M | 1 Rabiulawal 1438H

Tuesday 29 November 2016

Usrah

Sepertimana di langit sana tiada cacat celanya, maka begitu juga kehidupan yang telah ditentukan Tuhan; amat sempurna & penuh dengan cinta.

‎والله تعالى أعلم

28 November 2016M | 28 Safar 1438H

UsRaH means family

#Usrati

Sunday 27 November 2016

Time to Wake Up:
Allah Akbar!

Remember Israel that Allah is the Most Merciful and He is the Greatest. If you can understand this warn, you will understand how Allah love you, Allah give you a chance to repent, to realize, and to feel for what you've done to Palestinian. Yes we are happy but it does not mean we dont have heart. Muslim pray for you but we pray that Allah open your heart and make you realize that this is the warn from Allah to show you that you have no power.

Stop being arrogant and blame other for what happen, just do introspection! Ask yourself for what you've done to deserve this? Stop occupied Palestine

Now you can say that we are inhuman cause we dont think about innocent people who die by this fire, so now we can say that you understand how innocent palestine die by your bombing? Allah want you to feel what palestinian feel. Think about it!

Orang yang tidur
tidak akan tahu kalau
dirinya sedang bermimpi
kecuali setelah bangun.

Begitu juga orang yang
lupa (lalai) akan akhirat
tidak akan tahu kalau dirinya
sedang menyia-nyiakan
amal akhirat, kecuali
setelah datangnya
kematian.

Ya Allah janganlah jadikan
kami orang-orang
pelupa (lalai).

TANYALAH USTAZ TV9 27.11.2016


APA ADA PADA KEBERKATAN?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Allah berfirman  jika sekiranya penduduk negeri yg beriman kepada Allah pasti kami akan melimpahkan keberkatan dari langit dan bumi dan jika mereka mendustakanNya maka kami akan menyeksa mereka.

APA YG DIMAKSUDKAN DGN BERKAT DAN APAKAH ISLAM MENITIK BERATKAN PADA KEBERKATAN?
Keberkatan itu adalah barakah(dalam bahasa arab)maksudnya bahagia,untung dan berkembang.
Keberkatan itu adalah datangnya dari Allah dan tetapnya kebaikan yg kita buat.
Islam memang menitik berat tentang keberkatan kerana ia berkaitan dgn ibadah kita hanya kepada Allah.
Setiap perbuatan kita adalah ibadah kepada Allah.
Kerberkatan adalah kebaikan dari Allah.
Contoh jika kita duduk di majlis ilmu semuanya adalah kerana Allah yg memberi kita keberkatan utk kita menuntut ilmu.
Setiap sesuatu hanya dari Allah.
KITA NAK MENCARI KEBERKATAN DARI ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA.
Semua bermula dgn NIAT dan semua perbuatan mesti IKHLAS.

APAKAH TANDA² ORG YG DIBERI KEBERKATAN DALAM HIDUP?
Di antaranya kata ulamak:
1)Dipermudahkan segala urusan kehidupannya.
2)Boleh melakukan banyak perkara dalam hidup.
3)Tidak menghadapi masalah yg berulang.Tidak menganggap masalah itu adalah masalah,tetapi menganggap ianya adalah UJIAN DARI ALLAH.
4)TABAH menghadapi ujian.
5)Akan rasa AKRAB(rapat)dgn Allah.

APAKAH KESAN ORG YG TIDAK DAPAT KEBERKATAN?
Kata ulamak kesannya:
1)Tidak pernah rasa CUKUP dgn harta yg dimiliki.
2)Hati menjadi gelap(malas hendak melakukan ibadah kepada Allah)BILA PANGGILAN ALLAH(solat) TIDAK KITA BUAT,APA KITA NAK JAWAP DIHADAPAN ALLAH?
3)Bila hidup tidak berkat DOA akan terhalang.
4)Sedekah yg dilakukan tidak dipandang oleh Allah.
5)Akan dapat seksaan di neraka.
6)Masa rasa cepat dan nak buat apa² rasa tidak sempat.

APAKAH ISTILAH AMBIL BERKAT ITU BOLEH KITA DAPAT DARI ORG² SOLEH/SOLEHAH?
Yg memberi kesan keberkatan itu adalah tanah atau tempat yg kita pergi itu cth mekah.
Kalau kita kawan dgn org baik,kita akan dapat keberkatan dari kebaikannya.

APAKAH AMALAN YG MENJADIKAN REZEKI TIDAK BERKAT?
KATA PARA ULAMAK ANTARA PUNCA REZEKI TIDAK BERKAT IALAH:
1)Tidak ada iman dan tidak takut dgn Allah.Melanggar perintah Allah.
2)Buat amalan tidak ikhlas kerana Allah.
3)Tidak menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan.Tidak memulakan sesuatu dgn  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ...
4)Memakan harta yg haram.
5)Tidak berbakti kepada org tua (tidak bertanya khabar)
6)Memutuskan hubungan silaturahim.Hidup kena saling mengenali.
7)Ada sifat KEDEKUT.

APAKAH AMALAN² UTK MERAIH KEBERKATAN HIDUP?
1)Kena jadi org yg beragama islam.
2)Pelihara rukun² islam.Jaga solat dgn bersungguh.
3)Yakin dgn rukun iman.
4)Mesti beramal soleh.
5)Hidup kena sentiasa BERDOA KEPADA ALLAH.DOA TIDAK SEMESTINYA DIATAS TIKAR SEJADAH.
6)Berserah segalanya kepada Allah.
7)Bersyukur pada Allah.

NABI KATA NAK UMUR BERKAT:
1)Rajin bersedekah...
2)Sentiasa suruh org buat baik dan suka beri nasihat.
3)Sentiasa berbakti kepada ibubapa.
4)Sentiasa berhubung silaturahim.

KETENANGAN DALAM HIDUP ADALAH TANDA KEBERKATAN DAN...KEBERKATAN HANYA ALLAH YG BOLEH MEMBERI...

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

“PRILAKU MANUSIA AKHIR ZAMAN"                                                                

Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas,tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu senantiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka berarti kesusahan.Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbauatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Friday 25 November 2016


Worlds largest rally of devotion...this year above 25 million of Muslim people from all over the world gathered together in Karbala at the day of Arbaeen...                         

Monday 21 November 2016

Alim tak dinilai laman sosial. Alim tak dinilai dari post islamik.

Tetapi.

Ia dinilai dari hati dan akhlak diri. Tak perlu kenal siapa yang menyampaikan.

Cukup kita saling nasihat-menasihati, saling ingat mengingati."

"Ya Allah, andai aku dalam kesusahan, bukakanlah hati insan lain untuk memberiku bantuan..

Andai aku dalam kesenangan, temukanlah aku dengan mereka yang memerlukan pertolongan.."

Aamiin..yarabbal'alamin..

Saturday 19 November 2016

3 stages of life
from infancy  up-to the age of 21-22 years, one's life may be divided into three stages

Wednesday 16 November 2016

And Allah is not unware of what you do

ya ALLAH Jadikanlah bicaraku.. tulisanku adalah ibadah kepadaMu ya Rahman,  ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua yang aku lakukan. Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki hati andai ada bersarang dalam hati ini. kau tiupkanlah sifat² mahmudah ke dalam hatiku. Jadikanlah cintaku kepadamu setinggi² cinta dan rindu dalam hati ini ya Rabbal'alamin

Saturday 12 November 2016

3:16am

Yuk sama2 tahajudd ya..insyaallah mudah mudahan segala urusan kite,hajat kite Allah permudahkan,perkenankn aaminn.

Angkatlah tangan mu tinggi - tinggi
Serahkan jiwa ke hadrat Ilahi
Dalam setiap masalah mengiringi
Kita pasti tersenyum lagi
Tidak perlu khuatir dan rasa sunyi
Allah mendengar bisikan nurani
Memberikan apa yang kita kehendaki
Dan menghilangkan duka di dalam hati

Apabila membasuh pinggan kita akan memiliki dua benda. Pertama pinggan itu bersih.Kedua tangan kita pun bersih .
Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, taktala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnnya membersihkan diri kita pada masa yang sama..

Thursday 10 November 2016

Angkatlah tangan mu tinggi - tinggi
Serahkan jiwa ke hadrat Ilahi
Dalam setiap masalah mengiringi
Kita pasti tersenyum lagi
Tidak perlu khuatir dan rasa sunyi
Allah mendengar bisikan nurani
Memberikan apa yang kita kehendaki
Dan menghilangkan duka di dalam hati
Angkat tangan mu tinggi - tinggi
Kita pasti tersenyum lagi...

Monday 7 November 2016

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM
MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
ISU INTERFAITH COMMISSION (IFC) DAN PERTUBUHAN MELAYU MURTAD

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati isu Interfaith Commission (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama, Persatuan Melayu Kristian, Pertubuhan Melayu Murtad telah kembali viral di media sosial dan entiti-entiti tersebut dikatakan telah berdaftar secara sah. Jakim telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu ini pada 9 Oktober 2014 yang lalu. Jakim berpandangan isu sebegini boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan masyarakat Islam  serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Justeru itu, Jakim telah membuat semakan sekali lagi dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkenaan telah mengesahkan bahawa dakwaan yang entiti-entiti tersebut telah berdaftar secara sah di bawah ROS adalah tidak benar sama sekali.

Bagi menangani isu ini, Jakim dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memelihara kesucian Islam dan membendung umat Islam daripada terjebak dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam.

Jakim ingin memberi nasihat kepada umat Islam agar sentiasa berwaspada terhadap isu-isu seperti ini dan dapat memberikan bantuan dengan menyalurkan maklumat Jakim dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu demi menjaga kesucian Islam dan keharmonian hidup masyarakat di negara ini.

*TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA*
*7 November 2016*

Thursday 3 November 2016

4  November 2016 🌸

Checklist Jumaat📝

🍃Potong kuku💅🏼
🍃Memakai wangian🔮
🍃Berpakaian bersih/putih👳🏼
🍃Bersugi/siwak😁
🍃Mandi sunat🚿

🍃Jangan lupa baca dan hafal surah Al Kahfi. Kalau tak mampu baca keseluruhan surah, bacalah 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. ☺📖

Rasulullah S.A.W bersabda,
" Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan diterangi dengan cahaya di antara dua Jumaat. "
( HR Hakim 2/399.Baihaqi, 3/29)

🍃Perbanyakkan Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 🕌

اللهم صل على سيدنا  محمد وعل آل سيدنا محمد

Bertambah tahun, sepatutnya bertambah iman. Hypothesis accepted. 🌹

#NoteToSelf.
#Kalau tak mampu buat semua jangan tinggal semua. 👍

Semoga terus istiqamah dalam amalan. 💕

Wednesday 2 November 2016

Diantara tanda orang itu telah mendapat Hidayah dari Allah Taala , dia semakin rapat dengan orang orang soleh .. Sahabat disekelilingnya semuanya seorang yang bertaqwa , cinta pada majlis2 ilmu , hati mereka terpaut dengan masjid2 dan suka nasihat menasihati .. Allahurobbi beruntungnya orang tersebut  ..

*❤Assalamualaikum semua*
*Mutiara alquran hari ini*

Luqmān:18
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.❤❤❤❤

Sayang macam mana pon kita dengan manusia..
Jangan buat perkara macam kita tak sayang Allah..
.
Its not fair..
.
Buat lah perkara yang Manusia Suka Allah pun Suka..
.
Kalau susah nak puaskan hati manusia..buat apa yang Allah suka..
.