Facebook

Powered By Blogger
“Aku masih belum mampu menjadi wanita solehah”

Welcome guys..

Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds

Pageview now

Vanillatwilight ;)

Sunday 27 November 2016

TANYALAH USTAZ TV9 27.11.2016


APA ADA PADA KEBERKATAN?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Allah berfirman  jika sekiranya penduduk negeri yg beriman kepada Allah pasti kami akan melimpahkan keberkatan dari langit dan bumi dan jika mereka mendustakanNya maka kami akan menyeksa mereka.

APA YG DIMAKSUDKAN DGN BERKAT DAN APAKAH ISLAM MENITIK BERATKAN PADA KEBERKATAN?
Keberkatan itu adalah barakah(dalam bahasa arab)maksudnya bahagia,untung dan berkembang.
Keberkatan itu adalah datangnya dari Allah dan tetapnya kebaikan yg kita buat.
Islam memang menitik berat tentang keberkatan kerana ia berkaitan dgn ibadah kita hanya kepada Allah.
Setiap perbuatan kita adalah ibadah kepada Allah.
Kerberkatan adalah kebaikan dari Allah.
Contoh jika kita duduk di majlis ilmu semuanya adalah kerana Allah yg memberi kita keberkatan utk kita menuntut ilmu.
Setiap sesuatu hanya dari Allah.
KITA NAK MENCARI KEBERKATAN DARI ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA.
Semua bermula dgn NIAT dan semua perbuatan mesti IKHLAS.

APAKAH TANDA² ORG YG DIBERI KEBERKATAN DALAM HIDUP?
Di antaranya kata ulamak:
1)Dipermudahkan segala urusan kehidupannya.
2)Boleh melakukan banyak perkara dalam hidup.
3)Tidak menghadapi masalah yg berulang.Tidak menganggap masalah itu adalah masalah,tetapi menganggap ianya adalah UJIAN DARI ALLAH.
4)TABAH menghadapi ujian.
5)Akan rasa AKRAB(rapat)dgn Allah.

APAKAH KESAN ORG YG TIDAK DAPAT KEBERKATAN?
Kata ulamak kesannya:
1)Tidak pernah rasa CUKUP dgn harta yg dimiliki.
2)Hati menjadi gelap(malas hendak melakukan ibadah kepada Allah)BILA PANGGILAN ALLAH(solat) TIDAK KITA BUAT,APA KITA NAK JAWAP DIHADAPAN ALLAH?
3)Bila hidup tidak berkat DOA akan terhalang.
4)Sedekah yg dilakukan tidak dipandang oleh Allah.
5)Akan dapat seksaan di neraka.
6)Masa rasa cepat dan nak buat apa² rasa tidak sempat.

APAKAH ISTILAH AMBIL BERKAT ITU BOLEH KITA DAPAT DARI ORG² SOLEH/SOLEHAH?
Yg memberi kesan keberkatan itu adalah tanah atau tempat yg kita pergi itu cth mekah.
Kalau kita kawan dgn org baik,kita akan dapat keberkatan dari kebaikannya.

APAKAH AMALAN YG MENJADIKAN REZEKI TIDAK BERKAT?
KATA PARA ULAMAK ANTARA PUNCA REZEKI TIDAK BERKAT IALAH:
1)Tidak ada iman dan tidak takut dgn Allah.Melanggar perintah Allah.
2)Buat amalan tidak ikhlas kerana Allah.
3)Tidak menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan.Tidak memulakan sesuatu dgn  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ...
4)Memakan harta yg haram.
5)Tidak berbakti kepada org tua (tidak bertanya khabar)
6)Memutuskan hubungan silaturahim.Hidup kena saling mengenali.
7)Ada sifat KEDEKUT.

APAKAH AMALAN² UTK MERAIH KEBERKATAN HIDUP?
1)Kena jadi org yg beragama islam.
2)Pelihara rukun² islam.Jaga solat dgn bersungguh.
3)Yakin dgn rukun iman.
4)Mesti beramal soleh.
5)Hidup kena sentiasa BERDOA KEPADA ALLAH.DOA TIDAK SEMESTINYA DIATAS TIKAR SEJADAH.
6)Berserah segalanya kepada Allah.
7)Bersyukur pada Allah.

NABI KATA NAK UMUR BERKAT:
1)Rajin bersedekah...
2)Sentiasa suruh org buat baik dan suka beri nasihat.
3)Sentiasa berbakti kepada ibubapa.
4)Sentiasa berhubung silaturahim.

KETENANGAN DALAM HIDUP ADALAH TANDA KEBERKATAN DAN...KEBERKATAN HANYA ALLAH YG BOLEH MEMBERI...

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment