Siapa mencari teman tanpa cacat cela, dia akan hidup bersendirian.
Siapa mencari isteri tanpa ada kekurangan, dia akan hidup membujang
Siapa mencari teman karib yang sempurna, hidupnya akan memutuskan hubungan silaturrahim.
Biarlah Kita menanggung keperitan orang lain agar wujudnya keseimbangan dalam hidup
Jika ingin hidup bahagia:
Jangan terlalu menafsirkan semua perkara
Jangan terlalu menghalusi semua perkara
Jangan terlalu menganalisa semua perkara
ا
Kerana jika dikaji, asalnya berlian dari arang batu
Jangan terlalu suka mencari keperibadian seseorang lebih dari sepatutnya, sebaiknya memadai dengan kebaikan yang kamu Nampak sahaja, tinggalkan apa yang tidak kamu Nampak kepada hitungan Allah.
(sekiranya semua manusia mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati masing-masing, mereka tidak akan bersalaman kecuali dengan menggunakan pedang)
Moga Allah kurniakan kita :
jiwa yang mulia
Akhlak yang mulia
Peribadi yang mulia
Tuntunan dari Rasul yang Mulia
No comments:
Post a Comment