Facebook

Powered By Blogger
“Aku masih belum mampu menjadi wanita solehah”

Welcome guys..

Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds

Pageview now

Tuesday 8 January 2013

PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH UGAMA (A) AR-RAHMAH


                                 Objektif Pusat Sumber Sekolah


1. Meningkatkan taraf pengajaran-pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik.

2. Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran supaya mereka tidak semata-mata bergantung kepada buku teks dan kaedah " chalk and talk " sahaja .

3. Menggalakkan tabiat gemar membaca , tabiat belajar sendiri , tabiat ingin tahu atau bertanya di kalangan murid-murid melalui penggunaan bahasa di Pusat Sumber Sekolah.

4. Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasil dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

5. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu dengan lain .

6. Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat dan membuat kerja-kerja rujukan .



Falsafah Pusat Sumber Sekolah

Proses pengajaran dan pembelajaran belum mencapai tahap kesempurnaan jika ketiadaan sumber-sumber bahan bantuan pengajaran. Kewujudan Pusat Sumber Sekolah dapar merealisasikan jalinan dua hala di antara murid dan guru. Kejituan dan kewujudan sesi interlude yang berlaku di dalam bilik darjah bergantung kepada tahap keberkesanan serta kekerapan penglibatan seseorang individu terhadap Pusat Sumber. Keceriaan dan iklim Pusat Sumber Sekolah yang sehaluan dengan perkembangan mental mendorong lagi ke arah mencapai tangga kemahiran yang optima.




Misi Pusat Sumber Sekolah

Misi program Pusat Sumber Sekolah adalah untuk memastikan bahawa murid dan guru merupakan pengguna idea-idea dan maklumat berkesan.
Misi Media Pusat Sumber Sekolah merentasi beberapa objektif khusus:

1. Untuk menawarkan kemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat. 
2. Untuk menawarkan kemudahan dan laluan fizikal kepada maklumat. 
3. Untuk menawarkan kemudahan pengalaman belajar yang menggalakkan pengguna menjadi pelanggan yang pelbagai dan pencipta maklumat yang mahir. 
4. Untuk menawarkan kepimpinan, pengajaran dan bantuan rundingcara dalam penggunaan teknologi maklumat dan pengajaran. 
5. Untuk menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat ..


                                        Senarai Tugas Pengawas Pusat Sumber


Pengawasan

1 Memastikan PSS dalam keadaan terkawal 
2 Menguruskan pinjaman dan pulangan buku
 
3 Memastikan buku, akhbar, majalah dan risalah dalam keadaan sedia u tuk digunakan
 
4 Mengemas dan membersihkan Pusat Sumber
 
5 Menyusun buku mengikut pengkelasan di rak
 
6 Memberi amaran kepada pengguna yang mengganggu ketenteraman
 
7 Membuat bancian buku-buku yang dipinjam setiap hari
 
8 Memberi khidmat dan tunjuk ajar kepada pengguna ketika mencari bahan
 
9 Bertanggungjawab untuk hadir pada hari-hari yang diamanahkan untuk mengawas  dan bertugas.

Proses Buku

1 Mengecap, menampal kad poket, kad pinjaman dan kad pulangan, membalut buku  dengan plastik  serta melabel. 
2 Mencatat maklumat mengenai buku di atas kad pinjaman dan poket buku.

Katalog-Mengkatalog

1 Membantu guru menyelaras maklumat untuk diisikan ke dalam kad katalog. 
2 Menyusun kad katalog dalam kabinet kad katalog mengikut katalog terpisah (Dua  Bahagian)

Baik Pulih Buku

1 Mengesan dan mengasingkan buku-buku yang rosak. 
2 Membaik pulih bahan yang boleh digunakan.

Bahan Berkala / Risalah

1 Merekodkan langganan akhbar harian dan majalah. 
2 Mengemaskinikan akhbar dan majalah dari semasa ke semasa.
 
3 Menggunting artikel daripada akhbar yang telah tamat tempoh simpanan selama  sebulan untuk  dijadikan Fail Tegak / Buku Skrap.

Tugas-Tugas Lain

1 Memastikan lampu dan kipas dipadamkan sebelum meninggalkan Pusat Sumber. 
2 Memastikan bilik-bilik sentiasa bersih dan kemas
 
3 Menjalankan tugas-tugas semasa yang ditetapkan oleh Guru Pusat Sumber.
 
4 Membantu guru-guru PSS dalam apa jua perkhidmatan yang diperlukan.
 

 
 PENGLIBATAN MENYELURUH PANITIA

Panitia membantu dalam pemilihan bahan-bahan untuk PSS terutamanya bahan 
buku.Aktiviti-aktiviti  PSS disalurkan melalui panitia seperti Pameran Hari
 

Kebangsaan oleh Panitia Sejarah, Bulan Bahasa Oleh Panitia BM, BI, BA dan Sastera





No comments:

Post a Comment