وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan Kami turunkan dari Al-Quran penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
[Al-Isra' : 82]
Al-Imam Ibn Al-Qayyim berkata:
فَإِنَّ الْقُرْآنَ كُلَّهُ شِفَاءٌ ، كَمَا قَالَ فِي الْآيَةِ الْمُتَقَدِّمَةِ ،
Sesungguhnya al-Quran itu keseluruhannya adalah penawar sebagaimana firman Allah dalam ayat di atas.
فَهُوَ شِفَاءٌ لِلْقُلُوبِ مِنْ دَاءِ الْجَهْلِ وَالشَّكِّ وَالرَّيْبِ ،
Ia merupakan penawar hati daripada penyakit kebodohan, syak wasangka dan ragu-ragu.
فَلَمْ يُنْزِلِ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنَ السَّمَاءِ شِفَاءً قَطُّ أَعَمَّ وَلَا أَنْفَعَ وَلَا أَعْظَمَ وَلَا أَشْجَعَ فِي إِزَالَةِ الدَّاءِ مِنَ الْقُرْآنِ .
Tidak pernah Allah menurunkan dari langit penawar yang lebih meluas, lebih bermanfaat, lebih agung, dan lebih kuat dalam menghilangkan penyakit berbanding al-Quran.
[Al-Jawab Al-Kafi Liman Saala 'Anid Dawaai Al-Syafi, Bab Al-Quran Syifa' (Syamilah)]
Bersamalah kita membersihkan diri kita sama ada fizikal atau pun rohani menggunakan al-Quran.
*Untuk mendapatkan tazkirah harian dan jadual majlis ilmu di telegram anda, klik di sini http://telegram.me/alkahfiservices
~~~~~~~~~~~~
SEMINAR AL-QURAN 1.0 : Tadabbur Surah Luqman & Pengenalan Ulum al-Quran
Ustaz Yasir Ramlee & Dr. Nik Md Saiful Azizi | Sabtu 31 Oktober 2015 | UIAM Gombak |
*Perincian seminar boleh dilihat di sini-> http://alkahfi.com.my/seminarquran/
No comments:
Post a Comment