Facebook

Powered By Blogger
“Aku masih belum mampu menjadi wanita solehah”

Welcome guys..

Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds

Pageview now

Thursday 19 May 2016

TAZKIRAH

ILMU DAN HARTA DUNIA MANA YANG LEBIH PENTING?MARI SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI.RENUNG-RENUNGKAN APA YANG DIKATAKAN OLEH SAIDINA ALI BIN ABU THALIB RADHIYALLAHU'ANHU
Saidina Ali Bin Abu Thalib Radhiyallahu'Anhu mengatakan "Ilmu itu lebih afdal daripada harta kerana 7 sebab.Iaitu:
1)Ilmu itu harta Para Nabi tapi harta,duit itu harta siapa?Saidina Ali bukan mengatakan manusia tetapi beliau mengatakan duit,harta dunia itu adalah harta firaun sebab firaun sudah mengatakan kerajaan Mesir semua milik firaun.Jadi firaun pegang harta.
Maka ilmu harta Para Nabi tapi harta dunia itu adalah harta firaun.Mana yang lebih afdal?Nabi atau firaun?Mestilah harta Nabi.
2)Ilmu dan harta.Ilmu bila kita infak maka ilmu kita tidak habis.Bila kita infak ilmu maka akan bertambah ilmu kita tapi bila kita infak harta,duit kita naka duit,harta kita akan habis.Mana yang lebih afdal?Yang habis atau yang tak habis?Mestilah yang tak habis.
3)Harta dunia perlu orang yang jaga tapi ilmu tak perlu kerana ilmu itu yang menjaga kita.Mana yang lebih afdal?Mestilah yang menjaga kita.
4)Apabila seseorang itu mati maka segala hartanya akan ditinggalkan.Orang itu pergi ke kubur.Siapa yang ikut?Harta ke ilmu?Harta tinggal di rumah tetapi hanya ilmu yang akan masuk bersama kita kerana ilmu itu dalam hati.Hati masuk sekali dalam kubur.Mana yang lebih afdal?Yang tak mampu masuk dengan kita atau yang masuk dengan kita?Mestilah yang masuk dengan kita.
5)Seorang Islam dan seorang kafir.Dua-dua boleh dapat harta.Betul tak?Orang Islam dapat harta,orang kafir pun boleh dapat harta tapi ilmu dengan siapa?Orang Islam sahaja.Mana ada orang kafir menjadi Ulama dalam ilmu Islam.Hanya yang menjadi Ulama itu mestilah muslim sahaja.Mana lebih afdal?Yang semua ada dengan orang atau yang ada dengan orang Islam sahaja?
6)Seorang yang pegang ilmu dan seorang yang pegang harta.Kita perlu siapa?Semua orang Islam perlu orang yang berilmu ini tapi seorang yang pegang harta itu hanya sedikit sahaja yang memerlukan hanya sekadar untuk meneruskan hidup.Mana yang lebih afdal?Yang ramai perlu atau yanh sedikit perlu?Semestinya yang ramai perlukan.
7)Ilmu akan menjaga kita dan membantu kita atas sirat di hari kiamat nanti.Ilmu akan bantu kita tapi harta akan ganggu kita nanti di hari kiamat.

No comments:

Post a Comment